Posts

Hasrat

Sebenarnya, masa aku decide kembali berblog aku dah nekad pada diri untuk post benda-benda yang menggembirakan. Sebab adakalanya memori gembira seakan senang dilupakan sebab yang pahit itu lagi senang dikenang. So, nak letak satu tempat yang kononnya bila sedih, aku boleh mengintai kembali pada satu sudut dan lihat balik how happy I was, how wonderful my life is, apa yang aku dah achieve dulu yang mungkin aku terlupa because you know what I easily forget things so this really helps a lot.  Sometimes I forgotten everything that I once have, or do sebab terlemas dalam ujian Tuhan haha. Bila flashback balik, tengok gambar lama.... tengok all the memories aku rasa bersyukur. Aku fikir, I have half of the things that I wanted to do, or have..I have reached the point where once I want to be at so...why do I have to feel sad? Cuma mungkin aku manusia. Sedaya boleh tak nak terngadah tapi adakala tersungkur jua. Aku mahu jadi sepositif yang boleh, sebab semua orang yang berjaya t...

Aku dan Umi Abah

Post aku yang terakhir tahun 2018 lalu ada bagitahu kan yang aku dah jadi Ibu pada baby girl sorang. Tapi tahun 2020 ni ada pengumuman baru sebab dah jadi Ibu pada dua baby girl haha. Laju tak laju dalam masa dua tahun ni banyak benda berubah, banyak juga pengalaman yang mendewasakan serta peristiwa pahit manisnya. Sejak aku jadi ibu ni, aku sendiri pon terkejut the person that I have become into. Segala ego, kepentingan diri, dan banyak lagi dah tak penting lagi sebab keselesaan anak lebih utama. Aku mula memahami tindak tanduk umi abah pada suatu ketika dulu dalam membesarkan aku adik-beradik. Faham kemarahan mereka, faham kegembiraan mereka. Aku mula memahami kegusaran mereka pada aku dan sekarang, aku faham tindakan mereka yang pada suatu ketika dulu aku pernah persoalkan. Lebih lama menjadi mak bapak, lebih banyak aku mengenali isi hati umi abah yang dulu. Dan semakin aku mula aku mengerti, semakin aku sayu dan rasa berdosa nya aku pada sangkaan aku dulu pada mereka. Seda...

360

Masa tengah tulis blog ni, aku pon tak tahu apa yang tergerak hati hari ni untuk bukak blog bersawang ni selepas dua tahun lebih okeyyy! Dan percaya atau tak, these past two years have changed my life a lots. Kali terakhir buka blog ni, aku masih belajar lagi rasanya. Sekarang, dah tamat pon, dah kahwin, dah habis chambering, called to the Bar, dapat anak perempuan, dah bekerja and practising as a lawyer dah pon weiii. Masa menaip ni aku rasa matang betul sebab dah jadi mak orang, dah tua sebab dah complete study and bekerja. Dan ringkas nya, dah capai lah apa benda yang orang tua selalu buat. Cuma saving ciput lagi haha. Property? Doakan moga murah rezeki nanti. Alhamdulillah, anak dah nak masuk setahun bulan ni. Raya ni soalan membawang daripada makcik-makcik terlepas kecuali soalan "bila nak tambah lagi satu?". Tahun lepas beraya dalam hospital sebab lahirkan anak. Korang bayangkan lah orang takbir raya malam raya, tengah syiok membedal lemang ketupat rendang bergirang...

Susah Dikeji, Senang Dipuji

Malam ni rasa nak berblogging la pulek. Sebab sentap kena keji haha! Bila senang kita memang disanjung, disayang ditatang. Betul la depa kata, sesetengah orang ni garang mana jahat mana bagi duit jadi cair, terus boleh ikut telunjuk kita. Bila mai kita susah, semua kita buat salah, siap kena maki kena keji. Mengungkit itu ini. Hakikatnya, mai jugak terlintas di hati benak daku ini, kalau zaman kita susah ini depa buat begini, bila senang esok-esok korang nak ingat ke kat depa ni. Layan mungkin layan elok, tapi taik yang dilempar ni memang terasa baunya sampai bila-bila. Kita boleh basuh cuci taik, tapi kita takkan dapat cuci memori terkena taik tu. Terasa hati kecik gue. Kalau korang kena maki cemana rasa? Esok dah senang apa nak buat kat depa? Sedih iols.

Kulat lagi Usang

Gilak. Kali terakhir bukak ialah tahun lepas. Kadang aku musykil kewujudan blog sampaikan terfikir nak delete ke idok. Tapi mestilah tak kan. Nanti hilang pulak satu cabang aku fefeeling nak berpuitis. Baiklah, disingkatkan cerita dah habis pon LLB. Pendek kata dah selamat habis mengaji. Segala assignment dah boleh campak tepi dah. Gua bebas gitu. Lepas tu lagi kelako dah selamat bercintan cintun sebab dah siratulmustaqim percintaan ini ke alam perkahwinan. Eh maksudnya?? Dah kawin oi. Hahaha. Kalau baca satu-satu entry ni mahunya tak faham cerita lompat situ sini. Kekdahnya nak update satu-satu berkulat dulu setiap post. Tapi apa pon takde hape pon nak cakap sebenarnya. Saje nak tambah usang satu lagi entry. Nanti update bila lagi entoh. Dah beranak dua ke pulak ehhh. K lah... At the end of the day, nak pesan sikit; esok kau akan tua lagi sehari. Itu je. Bai

Musuh ketat

Gaduh ke weh? Agak-agak apa yang sibuk nak cakap pasal musuh ketat? Kikiki. Kau tahu, hati manusia berbolak-balik. Tak tetap. Kadang marah, sekelip mata sayang. Kejap bahagia, bukak mulut rasa sedih pulak. Haiyoyoyo pa dia hati mahu pon tak tahu. Tapi segala permasalahan dalam hidup ni, pucuk pangkalnya selain iman ialah hati. Hati kalau didik, datang tsunami ragut segala harta dan jiwa, kau masih boleh tersenyum. Hmph. Aku tengah fikirkan soal hati dan manusia. Aku rasa musuh ketat kita adalah hati. Sebab kalau hati kau tak koyak, tak compang situ sini, dijaga rapi, kau tak kan aniayai diri kau apatah nak aniayai orang lain. Dan bila hati digoda dengan indah dunia paling susah kau nak lawan. Antara ingin, dan sebenarnya perlu. Antara nafsu, dan tanggungjawab. Tapi kalau kau punya hati sempurna sifatnya, tak mungkin kau melupa. Aku risau. Sebab aku punya tidak begitu. Musuh ketat aku ialah hati. Sumpah akan aku jaga sampai mati. Oi setan jangan kau hasut. Allah, letak tanga...

Jangan terngadah weh!

The last time I login into this blog is about nine months ago. Hari ni terbukak hati nak intai si blog usang. Lepas tu belek post lama dan gelak sorang-sorang malu. But tahu tak, kali terakhir masuk blog hari tu, segala benda tengah rabak. Mata rabak, hati rabak. Down sorang-sorang. Hari ni, masuk blog, suprisingly aku dah lalui fasa tu dengan jayanya. Dah pass BLS(Hons), dah konvo. Dan sekarang tengah buat Ijazah Profesional LLB(Hons). Indeed I am in my last semester weh! wohoooo how time flies so fast! =) Aku tahu aku takkan ada di sini tanpa Allah tolong, dan betapa Dia telah memberikan nikmat rezeki masa tu. Dan yang pasti, berkat doa Ummi. Doa ibu bapa yang menyelamatkan kita saat jalan curang terbuka, doa mereka menjadi tangan untuk menyambut; yang kerana itu jugalah aku lepas. Apapon, terima kasih pada yang menasihat. You know who you are. Dah berjanggut tak bukak ni semua benda dah lupa. haiyooo haha. Whatever you do, I just wanted to say have a faith no matter how...