360
Masa tengah tulis blog ni, aku pon tak tahu apa yang tergerak hati hari ni untuk bukak blog bersawang ni selepas dua tahun lebih okeyyy! Dan percaya atau tak, these past two years have changed my life a lots.
Kali terakhir buka blog ni, aku masih belajar lagi rasanya. Sekarang, dah tamat pon, dah kahwin, dah habis chambering, called to the Bar, dapat anak perempuan, dah bekerja and practising as a lawyer dah pon weiii. Masa menaip ni aku rasa matang betul sebab dah jadi mak orang, dah tua sebab dah complete study and bekerja. Dan ringkas nya, dah capai lah apa benda yang orang tua selalu buat. Cuma saving ciput lagi haha. Property? Doakan moga murah rezeki nanti.
Alhamdulillah, anak dah nak masuk setahun bulan ni. Raya ni soalan membawang daripada makcik-makcik terlepas kecuali soalan "bila nak tambah lagi satu?". Tahun lepas beraya dalam hospital sebab lahirkan anak. Korang bayangkan lah orang takbir raya malam raya, tengah syiok membedal lemang ketupat rendang bergirang sesama saudara, aku tengah terbaring atas katil tunggu bila nak beranak. Sekali petang raya pertama baru meletup haha. Baju raya tak payah cakaplah, masih dengan tailor sehingga ke saat ini di bulan Ramdhan 2018 sebab lupa ambil.
Mengenang kepada perjalanan dari dulu hingga sekarang, the best part about having a blog is when you can witness your own journey. Fasa kematangan masing-masing dari muda sampai la ni orang kata (sekarang). Ada part yang buat aku rasa bersyukur, ada bahagian lain rasa nak lempang diri sendiri,tapi kebanyakannya aku melihat hikmah di sebalik setiap ujian terdahulu.
Tanpa ujian itu, tanpa iman diuji, hati disakiti, insan yang pergi dan hilang, kita tak menjadi siapa kita hari ini. Hari ni di Ramadhan yang berbaki berapa hari je, aku cuma nak memanjatkan rasa syukur pada Ilahi atas segala kurnia, ujian dan rahmat. Dan nak ucapkan jugak selamat berpuasa kepada yang membaca coretan ni (kalau ada la kan)
May we meet again. in a day or maybe a years from now and see you when i see you again

Comments