Aku dan Umi Abah


Post aku yang terakhir tahun 2018 lalu ada bagitahu kan yang aku dah jadi Ibu pada baby girl sorang. Tapi tahun 2020 ni ada pengumuman baru sebab dah jadi Ibu pada dua baby girl haha. Laju tak laju dalam masa dua tahun ni banyak benda berubah, banyak juga pengalaman yang mendewasakan serta peristiwa pahit manisnya.

Sejak aku jadi ibu ni, aku sendiri pon terkejut the person that I have become into. Segala ego, kepentingan diri, dan banyak lagi dah tak penting lagi sebab keselesaan anak lebih utama. Aku mula memahami tindak tanduk umi abah pada suatu ketika dulu dalam membesarkan aku adik-beradik. Faham kemarahan mereka, faham kegembiraan mereka. Aku mula memahami kegusaran mereka pada aku dan sekarang, aku faham tindakan mereka yang pada suatu ketika dulu aku pernah persoalkan.

Lebih lama menjadi mak bapak, lebih banyak aku mengenali isi hati umi abah yang dulu. Dan semakin aku mula aku mengerti, semakin aku sayu dan rasa berdosa nya aku pada sangkaan aku dulu pada mereka. Sedangkan mereka mungkin mengenepikan kepentingan dan impian mereka demi memenuhi impian anak-anak.

Tapi macam tu lah, bila moment tersebut tiba-tiba mengingatkan semula memori aku pada umi dan arwah abah, bagaimana si anak sekarang adalah aku yang dahulu, dan aku sekarang adalah umi dan abah aku dahulu, entah mengapa hati kecil aku berbisik dan rasa terhiris. Besar jasa mereka pada kita.

Menjadi Ibu, perjalanan aku masih jauh. Setiap saat aku doakan anak-anak moga baik sahaja. Masih banyak kurang aku sebagai Ibu, tapi mudahan anak-anakku suatu hari nanti bila terkenangkan aku dan memori kami, melihat aku sebagai ibu yang mereka banggakan.. yang mereka boleh katakan "Ya...itulah ibu saya" dengan senyuman paling manis dan hati paling girang. Mudahan aku antara orang yang didoakan untuk ke syurga Tuhan.






Comments