Musuh ketat

Gaduh ke weh? Agak-agak apa yang sibuk nak cakap pasal musuh ketat? Kikiki.

Kau tahu, hati manusia berbolak-balik. Tak tetap. Kadang marah, sekelip mata sayang. Kejap bahagia, bukak mulut rasa sedih pulak. Haiyoyoyo pa dia hati mahu pon tak tahu.

Tapi segala permasalahan dalam hidup ni, pucuk pangkalnya selain iman ialah hati. Hati kalau didik, datang tsunami ragut segala harta dan jiwa, kau masih boleh tersenyum.

Hmph. Aku tengah fikirkan soal hati dan manusia. Aku rasa musuh ketat kita adalah hati. Sebab kalau hati kau tak koyak, tak compang situ sini, dijaga rapi, kau tak kan aniayai diri kau apatah nak aniayai orang lain.

Dan bila hati digoda dengan indah dunia paling susah kau nak lawan. Antara ingin, dan sebenarnya perlu. Antara nafsu, dan tanggungjawab. Tapi kalau kau punya hati sempurna sifatnya, tak mungkin kau melupa.

Aku risau. Sebab aku punya tidak begitu. Musuh ketat aku ialah hati. Sumpah akan aku jaga sampai mati.

Oi setan jangan kau hasut. Allah, letak tangan kat dada ucap "aku takut Allah".


Comments

cik puan rrai said…
entry yang best utk dibaca :) kipidap

Popular posts from this blog

Kulat lagi Usang