Rabak mata rabak hati oi.

Ini bukan post putus cinta. Tapi post putus wayar.

Hmmmmm. Okaylah. Final paper kedua hari ni. Dan ianya tak berjalan lancar. Aku hilang banyak markah, dan bila aku maksudkan banyak, aku betul maksudkan yang memang, memang banyak.

Okaylah. Bila cakap pasal exam memang tiap sem pon akan ada satu paper yang kemuncaknya memang buat rabak hati bila kelua. Sebab rasa macam okay, aku tak boleh nak buat. Nak goreng pon takde idea. Bila kelua, nampak muka kawan, depa pulak duk pongpang tengteng pasal jawapan, perasaan masa tu memang sedihlah.

Rasa macam "ya Allah, aku akan fail paper ni ke?". Rasa tak layak hidup sekejap. Ngeh~

Tapi itu stage pertama. Sebab bila da sampai rumah aku akan duk fikir pasal tu bolehla sehari suntuk pulak. Stage ketiga, bila umi start mesej dan tanya "cane periksa".

And.... Hmmm. Moment paling tak suka. Sebab for sure kita tak nak kecewakan diri sediri apatah lagi ibubapa.

Allah baik. Dan aku percaya pada rezeki. Sebelum ni bila aku kelua exam hall menangis sebab takleh buat, cakap kat kawan benda sama, pesan kat umi pon awal-awal, Tuhan masih memberi rezeki. Dari zaman mentah Semester 1 sampaila sekarang.

Tapi the thing is, it would not be the sama every time. Eh ayat aku. Tak maksud aku tak semestinya tiap kali benda berlaku sama je.

So this time, aku ambik keputusan untuk bersedia sebarang kemungkinan. Kalau ditakdirkan aku jatuh semester ni, aku harap I'm good enough to handle it.

Part terakhir, bila tengok kawan-kawan yang ambik kos berbeza, are happy with their life, and happy menjalani final, and I'm thinking why did I take this route? Eh.

Hmmm. Okaylah. Takde sapa pon paksa. Takde sapa pon janjikan jalan aku sekarang mudah. Dan aku pon tak boleh nak compare hidup dengan orang lain. Hakikatnya kita ditakdirkan untuk menjalani jalan yang berbeza tapi di bumi yang sama. Betul dak?

So, for the next 3 paper, tak tahu what's gona happen. Harapnya takde lagi statute tertinggal macam paper pertama, takde lagi lost macam paper kedua.

Comments

Unknown said…
Setiap jalan yg kita ambil adalah ketentuan ilahi semuanya..

Jgn pernah sesekali menyesal dgn tindakan kita ambil kerana ape, setiap yg ape yg berlaku tu semua adalah dugaan dan cabaran untuk kita tempuhi.. Jadi, kita hanyalah bersabar...setiap yg berlaku semuanya adalah hikmah...

Dun give up!! Believe in yourself.. =)

Popular posts from this blog

Kulat lagi Usang