Hallo brother!

Assalamualaikum =) Fuhh lama tak belek blog. Berhabuk. Berkulat. Ber'fungi'.

Banyak cerita nak kongsi, tapi asyik membusy sepanjang sem, habis buat, blog pon tak ter-update, Terpaksa la dijadikan sarang semut terbiar begitu sahaja, biar dikerumun kesepian. gittew~

Tahun ni dah masuk tahun akhir. Umur pon da masuk 22 tahun, Dan sedang mengharungi bibit final year di UiTM.  Semester ni rasa malas gila, kalau boleh tak nak pandang buku, apatah lagi nak sentuh. Kemalasan melampau bagai ular sawa kenyang.

Tapi bila direnung akal, aku punya amanah yang harus digalas. Bukan semata ibubapa, tapi juga bangsa dan agama. Malah pada diri sendiri. Sebab at the end, the one that left to live this life is you, you yourself.

Jadi nak atau tidak, dengan sekerat keringat ni aku usahakan jugak paksa diri bukak buku dan buat nota. Sebab itu sahajalah cara nak hidup sampai akhir. Law School? hmmm.. kadangkala naluri bertanya, kenapala kau ambik benda ni. Ohkey! ini takdir namanya.

Semester 5 cerita baru. Cerita FYP atau Final Year Project. Fyp ni macam annoying sikit. sebab banyak benda nak kena buat. banyak benda nak kena baca. banyak benda nak kena research and I need to make an interview with NGO, IO & lawyer.

which I found...errr... menggembirakan?

Baiklah, habis cerita belajar. Sekarang masuk bab personal life pula.

Iqram dah dapat keje. Today is his first day on board. Alhamdulillah, what makes me happy the most is because he had achieved his dreams now. Becoming a Seafarer, a Marine Engineer. Dah tak boleh nak usik dia kambing. Kena panggil Mr. Engineer dah. And I'm really grateful jugak sebab kali ni kapal main near costal. Maksudnya, 20 batu nautika dari darat sahaja and kawasan semenanjung. Jadi bolehla contact lagi. Kalau tak aku ingat lagi zaman dia praktikal dulu, kapal foreign going. Asyik redah Myammar, Vietnam, Indon n etc kawasan Asia ni. Nak bergayut pon susah.

Pengalaman yang paling teruk bila dia kat China. Kapal kat dock. facebook tak boleh, wechat whatsapp apatah lagi, yahoo je boleh. Setahun lebih. Contact sekali sebulan. Seksa memang seksa. But yes, I'm gona wait for him.

Comments