Khasiat surah AL-Kahfi hari Jumaat =)
Assalamualaikum =)
sebenarnya dah lama tertanya-tanya why we have to recite this surah on friday? why?..
why why meeeh?
semua nya bermula bila handphone asyik naik reminder je tiap hari jumaat supaya baca surah ni.
tapi sebab asyik busy dengan benda lain lupa pulak nak cari tahu.
untill lah just now online fb and tengok Wardina pon said something about this.
so dengan sepuluh jari ni dengan tekadnya Miyah pon terus surf la pasal ni.
kot di tangguh lupe pulak lagi.
what I found is.... tadaaaaa:-
1. Orang yang baca surah ni di kiamat nanti akan dipancarkan cahaya dari kakinya hingga ke langit.
"Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul 'atiq."- diriwayatkan al-Nasai dan Al-Hakim serta dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no. 736)
2. Di ampunkan dosa antara dua Jumaat
"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jum'at." diriwayatkan oleh (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, dishahihkan Al-Albani)
3. Terhindar daripada fitnah Dajal
untuk yang ini, ada riwayat yang cakap 10 ayat pertama, ade riwayat lain pulak sebahagiannya cakap 10 ayat yang terakhir. Rasanya dua-dua boleh sebagaimana di riwayatkan oleh Imam Nawawi.
Imam Nawawi berkata, “Sebabnya pada awal-awal surah al-Kahfi itu tedapat atau berisi keajaiban-keajaiban dan tanda-tanda kebesaran Allah. Maka orang yang merenungkan tidak akan tertipu dengan fitnah Dajjal. Demikian juga pada akhirnya, iaitu firman Allah:
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ
“Maka apakah orang-orang kafir menyangka bahwa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku menjadi penolong selain Aku? . . .” QS. Al-Kahfi: 102.
OOOOO.. bila dapat tahu Miyah pon macam angguk-angguk je. lepas tu pk macam best je, macam best je.. kan kan...
Today let's make an effort to read it. Jom!
Comments