Assalamualaikum =) Fuhh lama tak belek blog. Berhabuk. Berkulat. Ber'fungi'. Banyak cerita nak kongsi, tapi asyik membusy sepanjang sem, habis buat, blog pon tak ter-update, Terpaksa la dijadikan sarang semut terbiar begitu sahaja, biar dikerumun kesepian. gittew~ Tahun ni dah masuk tahun akhir. Umur pon da masuk 22 tahun, Dan sedang mengharungi bibit final year di UiTM. Semester ni rasa malas gila, kalau boleh tak nak pandang buku, apatah lagi nak sentuh. Kemalasan melampau bagai ular sawa kenyang. Tapi bila direnung akal, aku punya amanah yang harus digalas. Bukan semata ibubapa, tapi juga bangsa dan agama. Malah pada diri sendiri. Sebab at the end, the one that left to live this life is you, you yourself. Jadi nak atau tidak, dengan sekerat keringat ni aku usahakan jugak paksa diri bukak buku dan buat nota. Sebab itu sahajalah cara nak hidup sampai akhir. Law School? hmmm.. kadangkala naluri bertanya, kenapala kau ambik benda ni. Ohkey! ini takdir namanya. Semeste...